24 March 2012

kepayahan mengajar kita erti kesabaran :)

assalamualaikum...


Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat, keletihan dlm mewujudkan obsesi adalah ketenangan, peluh kerana kerja adalah pewangi, dan pujian yg baik adalah wewangian yg semerbak.

Terkadang hati kecil ini selalu mengeluh sendirian… dirasakan masa berlalu terlalu pantas, sehingga tak bisa menyesaikan segala-galanya tepat pada waktunya… kdg2 bisikan syaitan mula menerjah ke ruang fikiran, dan tika itu juga berbagai-bagai persoalan dibangkitkan… "patut ke aku buat semua ni... pass kt org lain jelh kerja-kerja dakwah cmni, aku byk keje kot"... pesanku, "bersabarlah duhai hati…….. anda insan terpilih"

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yg berdarah
Kau balut hati yg calar...

Hayatilah bait-bait lirik dan video di atas ni ye ^^..

Sahabatku...,
Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam. Jadikan air matamu sebagai dakwatnya; kedua pipi sebagai kertasnya; kepasrahan sebagai setemnya; dan Arasy Ilahi sebagai alamatnya (tujuannya). Setelah itu, tunggulah jawapannya.

Rawatlah juga hatimu dgn ayat ini...,
Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan, atau hatimu dibayangi kesedihan, atau keluarga dan hartamu meninggalkanmu maka jangan sekali-kali merasa putus asa kerana boleh jd Allah s.w.t. telah mempersiapkan di sebalik itu kebaikan yang banyak bagimu.


Sahabatku, Allah Maha Mengetahui, Allah mengetahui keadaanmu. Tidaklah Allah menguji aeorang hamba, melainkan sesuai dgn kadar kemampuannya dan setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya. 

Sebagaimana firman Allah : 

"Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (terjemah QS. Al-Insyirah:5)

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (terjemah QS. Al-Insyirah:6)



p/s : Walaupun aku tak mampu membantumu untuk menyelesaikan segala-galanya, tapi sekurang-kurangnya aku telah mencuba untuk membuat kau tersenyum wahai sahabatku ^^. Fighting okayyy ! Insya-Allah :)



No comments:

Post a Comment